Pages

Tuesday, April 15, 2014

Jatuh Cinta Pada Felt

Ada-ada saja la Annaz nie. Tetiba je terjatuh cinta pada kraf yang diperbuat dari felt. Masakan tidak..carian di google berkenaan kraf dari felt memang cantik-cantik dan comel-comel belaka. 

Lama juga ditimbangtara minat yang timbul dalam diri ini. Takut beli je felt tu buatnya tidak. Disebabkan bisikan-bisikan hati yang meronta-ronta nie...ewahh..jadi terjebak dan terbeli la felt nie..


Sudahlah baru nak mencuba, banyak la pulak beli tu..isk..isk..isk..
Tapi berjaya juga buat sesuatu dengan felt yang telah dibeli tu. Tak sia-sia lah ye..


Ini hasil yang pertama.
Sudah dijadikan hadiah birthday untuk pengasuh anak Annaz.


Purse nie adalah hasil yang kedua. Baru je siap. Menjahit sambil menonton tv. Sekadar memenuhi masa terluang.

Melihatkan hasilnya, maka bertambahlah semangat nak menghasil sesuatu dari felt yang telah dibeli tu. 

Annaz akan berkongsi sesuatu di lain masa. Tengah cari idea nie..




Gambar Hantaran Kahwin Nur Hazwani

Sudah 10 hari berlalu majlis perkahwinan adik ipar Annaz yang bongsu. Semoga dia bahagia di samping suami tercinta. 

Berlalunya majlis itu bermakna kerja-kerja Annaz untuk persiapan majlis itu telah pun tamat. Jadi, seperti yang dijanjikan, Annaz nak kongsi gambar hantaran yang dah siap.

...ada 7 semuanya.

Sedih tak berkesempatan nak ambil gambar hantaran tu satu-satu.

Lepas nie Annaz akan buat hantaran untuk adik-adik Annaz pulak sebab masih ramai yang belum mendirikan rumahtangga..

Thursday, March 27, 2014

Bekas Hantaran Kahwin - Purple Pink

Alhamdulillah, baru je siap menghias bekas untuk diletak barang hantaran kahwin untuk adik ipar Annaz yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 5 April 2014 nie. 

Lega sebab nak menyiapkan bekas nie yang paling leceh. Lepas nie senang sikit keje sebab tinggal nak letak barang hantarannya saja. 

Tapak

Bahagian hadapan

Bahagian belakang


Inilah rupanya bekas hantaran tu. Ada 6 semuanya. Yang ketujuh tu sirih junjung. Nanti Annaz akan syer lagi dengan u all. Tunggu lepas majlisnya, ok

Bunga pahar, Bunga Tisu, Bunga Crepe Paper

Alhamdulillah, siap lah sudah bunga pahar yang Annaz perkatakan dalam entry yang lepas. Bunga pahar yang diperbuat dari crepe paper. Tema permintaan bakal pengantin ialah purple pink.




Annaz buat 60 kuntum jer sebab bunganya besar-besar. First time buat. Masih perlu perbaiki lagi.

Dah ada yang nak tempah bunga nie tapi masih belum berkesempatan nak buat sebab masih ada tugas untuk menyiapkan hantaran perkahwinan request dari adik ipar. 

Pada yang membuat tempahan tu harap-harap bersabar ye. Annaz akan siapkan juga tempahan tu, ok..




Wednesday, March 26, 2014

Persiapan Bunga Pahar dan Hantaran Perkahwinan

Pada 5 April 2014 nanti adik ipar Annaz yang bongsu, Nur Hazwani akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Jadi, Annaz seperti biasa, bab bunga pahar dan hantaran memang dah menjadi tugas Annaz. 

Tema pilihan beliau puple pink. Bunga pahar Annaz sponsor. Hantarannya ongkos beliau sendiri. Barang-barang dah beli. Tinggal nak buat je..


Yang nie barang-barang untuk buat bunga pahar. Bunga pahar tu buat dari crepe paper. Harap-harap menjadi. Lagi pun bunga dari crepe paper / bunga tisu nie memang tengah hot masa kini. Lagipun tuan punya badan tak kisah, janji ada..


Yang ni pula barang-barang untuk buat hantarannya. Harap-harap bakal pengantin tu berpuas hati.

Hasilnya Annaz akan Annaz syer dengan u all di entry yang akan datang.


Wednesday, November 27, 2013

Finger Doodle

Inilah akibatnya kalau duduk saje, boring dan tak ada keje..
Ada pen sebatang, conteng-conteng..


Comel tak?
Hehehe...


Wednesday, October 9, 2013

Tempat Buang Sampah Dari Barang Recycle

Sekarang nie kat opis sedang sibuk dengan persiapan untuk audit 5S. Annaz pun tak terkecuali. Macam idea masing-masing untuk menjayakan apa yang telah dirancang.

Disebabkan kempen "Hijau", jadi semuanya kena guna barang-barang recycle macam kotak, kertas, botol-botol dan sebagainya. Annaz pula kena sediakan tempat buang sampah yang mana mesti diasingkan mengikut kategori seperti kertas, botol dan aluminium..

Annaz bekerjasama dengan rakan setugas membuat tempat pembuangan sampah tu dari kotak A4 terpakai. Jadi inilah hasilnya..



Annaz berpuas hati dapat menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih atas kerjasama kawan-kawan.