Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label bunga telur. Show all posts
Showing posts with label bunga telur. Show all posts

Thursday, November 14, 2019

TEMPAHAN BUNGA POM POM : MERAH PUTIH

Pertama kali ambil tempahan bunga pom pom untuk hiasan meja. Dah lama ditempah cuma masanya tak de. Kesian lamanya menunggu..


Itu antara barang yang digunakan. Crepe paper warna merah, putih, dawai, floral tape, daun, gunting, pasu dan span hijau..


Bunga pom pom dalam pembikinan. Senang je. Korang boleh search dan tengok cara2nya di google dan youtube. Annaz pun byk belajar online je.


Haa.. Nie hasilnya. Yang dh siap mcm yang diminta. Cantik?? Melting sangat tengok warna merah tu..


COD time..
Naik train je, sekali jalan pi keje..


Alhamdulillah... Selamat menghiasi meja kerja ini. Time nie tuan punya meja cuti.

Sepasu mcm nie Annaz jual RM40.00 sahaja. Berbaloi atau tidak??
Tak pandai nak letak harga. Janji boleh cover kos. Lepas nie dia nk tempah bunga orkid pula. Projek untuk raya tahun depan. Annaz masih mencari idea.

Klu korang ada idea atau pendapat atau sebarang komen, persilakan. Boleh Annaz jadikan panduan untuk next projek..

Tuesday, August 13, 2019

Dapat Jom Lagi Gubahan Hantaran Kahwin

Assalamualaikum, salam sejahtera
Hi uolss.. Lama sangat menyepi. Tak update pape.. Rindu rasanya. Bukan apa sbb tak de job dan tak buat something utk update dlm blog nie..

Kali nie Annaz buat hantaran untuk adik.. Sebelah lelaki juga Annaz buatkan. Senang sekali jalan sebab mereka jauh. 


Tu dia bakal pengantin dok pening pilih warna dan barang yang nak guna..


Nie belum usik pape lagi. Baru tukar pembalut gabus dlm kotak2 tu je. Lagi 2 hari balik kampung semula baru start buat. Kali nie buat yang simple. Mcm yang telah sudah awal2 dh bertungkus lumus sbb mcm2 nk buat.. Dah siap nanti Annaz update ye..

Thursday, March 27, 2014

Bunga pahar, Bunga Tisu, Bunga Crepe Paper

Alhamdulillah, siap lah sudah bunga pahar yang Annaz perkatakan dalam entry yang lepas. Bunga pahar yang diperbuat dari crepe paper. Tema permintaan bakal pengantin ialah purple pink.




Annaz buat 60 kuntum jer sebab bunganya besar-besar. First time buat. Masih perlu perbaiki lagi.

Dah ada yang nak tempah bunga nie tapi masih belum berkesempatan nak buat sebab masih ada tugas untuk menyiapkan hantaran perkahwinan request dari adik ipar. 

Pada yang membuat tempahan tu harap-harap bersabar ye. Annaz akan siapkan juga tempahan tu, ok..




Wednesday, March 26, 2014

Persiapan Bunga Pahar dan Hantaran Perkahwinan

Pada 5 April 2014 nanti adik ipar Annaz yang bongsu, Nur Hazwani akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Jadi, Annaz seperti biasa, bab bunga pahar dan hantaran memang dah menjadi tugas Annaz. 

Tema pilihan beliau puple pink. Bunga pahar Annaz sponsor. Hantarannya ongkos beliau sendiri. Barang-barang dah beli. Tinggal nak buat je..


Yang nie barang-barang untuk buat bunga pahar. Bunga pahar tu buat dari crepe paper. Harap-harap menjadi. Lagi pun bunga dari crepe paper / bunga tisu nie memang tengah hot masa kini. Lagipun tuan punya badan tak kisah, janji ada..


Yang ni pula barang-barang untuk buat hantarannya. Harap-harap bakal pengantin tu berpuas hati.

Hasilnya Annaz akan Annaz syer dengan u all di entry yang akan datang.


Tuesday, June 14, 2011

Bunga Telur - permintaan bonda tersayang


Bunga telur warna MERAH HITAM nie dibuat mengikut tema pilihan pengantin iaitu Aazim, adik Miss Annaz. Bunga telur nie dibuat atas permintaan bonda tercinta. Bonda nk dlm 30 batang tp hanya 22 batang jer termasuk 2 batang warna putih...

Nk beli siap boleh jer tp barang byk lebih. Dari membazir baik Miss Annaz wat sendiri jer...Klu nk fikir penat mmg tak terbuat. Disebabkan Miss Annaz mmg minat keje2 sebegini, penat tolak tepi.. Bila dh siap hasilnya mmg memuaskan, jd penat pun hilang...

Nama jer bunga telur tp isinya buah plum..Dari jauh kelihatan mcm telur pindang...