Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Monday, November 4, 2019

HANTARAN PERKAHWINAN NORHALIMAH DAN MOHD ADZHAN

Hai uolss..
Rindu nak update blog. Job dh buat tp tak update gambar lg. Bz bebenor nampaknya..

Tanggal 17/8/2019 berlangsunglah majlis pertunangan sekaligus perkahwinan adik Annaz, Nor Halimah dan pasangannya Mohd Adzhan. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar..

 Semoga berbahagia hingga ke jannah..

Kali nie Annaz punya job kene siapkan hantaran sebelah perempuan dan lelaki serta hidangan pengantin. Memang tak tidur malam. Untuk adik tersayang ku rela...

Kat sini Annaz nak syer gambar hantaran. Simple2 jer.. 










Kali nie Annaz buat yang simple but nice.
Kurangkan penggunaan gam..
Pengantin berpuas hati..

Ok.. Nanti Annaz update untuk hantaran dari pengantin lelaki dan makanan pengantin. Klu ada sesapa boleh bg cadangan atau komen silakan. Boleh Annaz jadikan panduan untuk job yang akan datang...

Saturday, August 31, 2013

Hantaran Pertunangan Nur Hazwani




Comel tak?
Inilah adik ipar Annaz yang bertunang pada raya ke tiga tahun nie..

Hantarannya yang telah Annaz siapkan. Simple-simple jer..
 
 









Ini saja yang dapat Annaz buat untuk pertunangan adik ipar kali nie..

 

Tuesday, July 23, 2013

Bakul-bakul untuk hantaran pertunangan Nur Hazwani

Sudah lama Annaz tidak membuat sebarang kerja-kerja kraf nie..Kali nie ada satu job untuk Annaz. Adik ipar Annaz akan mengikat tali pertunangannya pada Hari Raya Aidilfitri iaitu raya ke 3.

Bekas-bekas hantaran sudah separuh siap. Hanya tinggal untuk dihias sikit lagi dan diletakkan barang-barang yang hendak dihantar..



Hanya yang ringkas-ringkas saja. Annaz pilih warna nie sebab warnanya lembut dan bunga-bunganya kelihatan hidup.

Nanti Annaz akan update lagi gambar hantarannya bila dah 100% siap..

Wednesday, June 15, 2011

MERAH HITAM : Hantaran Aazim Utk Isteri Tersayang

Terasa lega dan puas hati setelah siap smua gubahan hantaran nie..
Hilang segala penat setelah melihat hasil yg memuaskan...

HITAM MERAH..begitulah tema hantaran Aazim utk isteri tersayang..
Cantik dan menyelah warnanya..
Begitulah lambang mekarnya cinta antara mereka berdua...

Jom tengok foto gubahan hantaran kat bawah nie :-

Barang kemas & mas kahwin

Handbag & kasut

Quran & Telekung

Notebook

Kain pasang & wangian

Buah-buahan

Manisan

Sirih Junjung

Bunga telur (isinya buah plum)

Tuesday, June 14, 2011

Gubahan Bekas Hantaran Perkahwinan Aazim - MERAH HITAM

Miss Annaz ada tugas baru utk menyiapkan gubahan bekas hantaran utk majlis perkahwinan adik lelaki Miss Annaz, Aazim. Tema yang dipilih ialah MERAH HITAM..

Merah lambang kehangatan cinta pasangan pengantin..

Mmg menyelah warna merah bila dipadankan dgn bakul yg berwarna hitam. Jom tengok gambar di bwh nie..


Bekas untuk barang kemas & duit mas kahwin

Bakul utk letak beg tangan & kasut


Bakul nie utk letak sejadah, Quran, notebook


Bakul bekas buah & coklat/ manisan

Bakul utk letak bunga telur

Bunga telur

Cantikkan kombinasi warna merah dan hitam?..
Nampak menyerlah dan bersemangat..

Monday, June 13, 2011

HITAM SILVER - Hantaran Perkahwinan Ano

Tanggal 4 Jun 2011, adik ipar Miss Annaz selamat diijabkabulkan dgn pasangannya. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Kerja2 Miss Annaz, menggubah hantarannya dh setel...HITAM SILVER...
Jom tengok gambar gubahan hantaran yg dah siap...









Gambar kurang menarik coz byk gambar hantaran nie dh hilang...

Monday, May 23, 2011

Bekas Hantaran Untuk Ano...

Leganya bila kerja dh setel. Setelah sekian lamanya memerah otak mencari idea utk menyiapkan bekas hantaran perkahwinan adik ipar Miss Annaz yg bakal ke jinjang pelamin pada bulan Jun yg akan dtg, akhirnya telah siap..

Temanya Hitam Silver...
Inilah hasilnya...

Bekas cincin perkahwinan utk bakal suami

Bakul buah-buahan


Bakul utk letak coklat / manisan


Yg nie utk letak barangan jagaan diri, wangian, jam dan sebagainya

Yg nie utk letak kasut lelaki..
Disebabkan saiz kasutnya besar, so terpaksa tukar guna polisterin nie...
bunga hiasan x letak lg sbb last minit tukar...

Lepas nie ada satu lg tugasan. Buat persediaan hantaran utk adik lelaki Miss Annaz yg akan berkahwin pd bulan Jun juga..