Pages

Powered By Blogger

Saturday, August 31, 2013

Hantaran Pertunangan Nur Hazwani




Comel tak?
Inilah adik ipar Annaz yang bertunang pada raya ke tiga tahun nie..

Hantarannya yang telah Annaz siapkan. Simple-simple jer..
 
 









Ini saja yang dapat Annaz buat untuk pertunangan adik ipar kali nie..

 

Tuesday, July 23, 2013

Bakul-bakul untuk hantaran pertunangan Nur Hazwani

Sudah lama Annaz tidak membuat sebarang kerja-kerja kraf nie..Kali nie ada satu job untuk Annaz. Adik ipar Annaz akan mengikat tali pertunangannya pada Hari Raya Aidilfitri iaitu raya ke 3.

Bekas-bekas hantaran sudah separuh siap. Hanya tinggal untuk dihias sikit lagi dan diletakkan barang-barang yang hendak dihantar..



Hanya yang ringkas-ringkas saja. Annaz pilih warna nie sebab warnanya lembut dan bunga-bunganya kelihatan hidup.

Nanti Annaz akan update lagi gambar hantarannya bila dah 100% siap..

Tuesday, June 18, 2013

1 Year Crafty Fiez Giveaway


Klik banner di atas untuk join..

Semua syarat telah dipatuhi...
Harap2 kali nie berjaya...

Tuesday, August 16, 2011

Hiasan makanan pengantin..


Pertama kalinya membuat gubahan makanan pengantin masa kenduri perkahwinan adik aku, Nor Aazim. No idea but i try the best dgn bantuan adik2 ku yg tersayang.

Bukan tak pernah buat pun tp kali nie sendiri masak sendiri hias... Apa2 pun setakat ini jer bakat yg aku ada..


Ok ker tak..ada aku kesah..hahaha...
Korang tengok dan nilai sendiri la yer..
Nanti puji diri sendiri org kata masuk bakul angkat sendiri...


Wednesday, June 15, 2011

MERAH HITAM : Hantaran Aazim Utk Isteri Tersayang

Terasa lega dan puas hati setelah siap smua gubahan hantaran nie..
Hilang segala penat setelah melihat hasil yg memuaskan...

HITAM MERAH..begitulah tema hantaran Aazim utk isteri tersayang..
Cantik dan menyelah warnanya..
Begitulah lambang mekarnya cinta antara mereka berdua...

Jom tengok foto gubahan hantaran kat bawah nie :-

Barang kemas & mas kahwin

Handbag & kasut

Quran & Telekung

Notebook

Kain pasang & wangian

Buah-buahan

Manisan

Sirih Junjung

Bunga telur (isinya buah plum)

Tuesday, June 14, 2011

Gubahan Bekas Hantaran Perkahwinan Aazim - MERAH HITAM

Miss Annaz ada tugas baru utk menyiapkan gubahan bekas hantaran utk majlis perkahwinan adik lelaki Miss Annaz, Aazim. Tema yang dipilih ialah MERAH HITAM..

Merah lambang kehangatan cinta pasangan pengantin..

Mmg menyelah warna merah bila dipadankan dgn bakul yg berwarna hitam. Jom tengok gambar di bwh nie..


Bekas untuk barang kemas & duit mas kahwin

Bakul utk letak beg tangan & kasut


Bakul nie utk letak sejadah, Quran, notebook


Bakul bekas buah & coklat/ manisan

Bakul utk letak bunga telur

Bunga telur

Cantikkan kombinasi warna merah dan hitam?..
Nampak menyerlah dan bersemangat..

Bunga Telur - permintaan bonda tersayang


Bunga telur warna MERAH HITAM nie dibuat mengikut tema pilihan pengantin iaitu Aazim, adik Miss Annaz. Bunga telur nie dibuat atas permintaan bonda tercinta. Bonda nk dlm 30 batang tp hanya 22 batang jer termasuk 2 batang warna putih...

Nk beli siap boleh jer tp barang byk lebih. Dari membazir baik Miss Annaz wat sendiri jer...Klu nk fikir penat mmg tak terbuat. Disebabkan Miss Annaz mmg minat keje2 sebegini, penat tolak tepi.. Bila dh siap hasilnya mmg memuaskan, jd penat pun hilang...

Nama jer bunga telur tp isinya buah plum..Dari jauh kelihatan mcm telur pindang...